Tiga kumpulan dalam Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu, PULO, bersepakat menerima dan menyokong dialog perdamaian antara kerajaan Thailand dan kumpulan pejuang Wilayah Selatan.

Ketiga-tiga kumpulan juga bersetuju untuk menghantar wakil pada pertemuan akan datang.

Fasilitator proses dialog, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim berkata ia, hasil Deklarasi Muharram yang ditandatangani ketiga-tiga pihak.

28 Februari ini genap setahun inisiatif damai di Selatan Thailand.

Dokumen konsensus am bertujuan mencari penyelesaian terhadap konflik di wilayah bergolak itu dimeterai di Kuala Lumpur antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional, BRN.

Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan, Leftenan Jeneral Pharadorn Phatthanatabutr mewakili kerajaan Thailand manakala BRN diwakili oleh Ketua Pejabat Perhubungannya di Malaysia, Hassan Taib.

Perjanjian dimeterai berikutan komitmen yang disuarakan oleh kerajaan pimpinan Yingluck Shinawat untuk berunding dengan kumpulan pejuang, dan Malaysia dipilih sebagai fasilitator terhadap inisiatif damai itu.

Sejak pemeteraian dokumen konsensus am itu, empat pertemuan telah berlangsung dan masing-masing menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan dialog damai.

Untuk sesi akan datang, Kuala Lumpur mengalu-alukan pembabitan daripada lebih banyak kumpulan dari Selatan Thailand.

Ini termasuk badan bukan kerajaan, wakil ulama, pakar ekonomi dan juga golongan pemuda.

Datuk Seri Zamzamin tidak menafikan, konflik politik yang melanda Bangkok kini menjejaskan pelan damai yang telah digariskan terdahulu, khususnya dalam mencapai matlamat gencatan senjata menjelang tahun 2015.

Namun beliau yakin, dialog damai akan diteruskan meskipun Thailand menerima kerajaan baharu.

Announcement & Statements

Latest News

Latest Articles

Special Report