Kami ingin menegaskan bahawa pembunuhan kejam terhadap sebuah keluarga secara beramai-ramai di mana mangsa pembunuhan ini terdiri dari 3 orang kanak-kanak lelaki yang berumur 9, 5 dan 3 tahun dan ibu mereka yang berumur 44 tahun yang cedera parah, tidak kiralah anasir manakah dari pasukan keselamatan Thai yang telah melakukannya dan untuk tujuan apa dilakukan , "


ia adalah tetap memberi tamparan yang paling hebat terhadap keamanan, demokrasi, umat manusia dan semua nilai-nilai agama . Kami yakin diatas sebab ini, tidak ada orang Thai yang cintakan kedamaian boleh menerima dan membenar apa-apa aktiviti keganasan seperti ini. Keganasan bukan caranya yang tepat untuk Siam mengkuhkan kubunya di tanah jajahanya Patani. Ia adalah satu kos kehidupan orang yang tidak bersalah.


Kami mengutuk keganasan yang terakhir ini sekeras-kerasnya, yang telah dilakukan pada waktu malam sehari selepas protes pilihan raya pada 2 Feruari (2014) keatas pemerentahan Thai. Pembunuhan beramai-ramai di Kampung Belukar Samak (dalam daerah Bacho Narathiwat) ini hanya layak di beri kutukan sekeras-kerasnya dan penghinaan, dan ia mesti dikutuk oleh setiap orang di dunia ini. Kami percaya bahawa sebelum pemimpin dan rakyat Thai sendiri bertindak balas terhadap serangan kejam ini, kami ingin menyatakan bahawa mereka hendaklah memahami mengapa perkara dahsyat seperti ini boleh berlaku dan bagaimana tragedi yang sama boleh dielakkan pada masa akan datang .

Announcement & Statements

Latest News

Latest Articles

Special Report