Ramadhon 1434H merupakan Ramadhon yang penuh dengan siri pembunuhan terancang terhadap individu-individu Rakyat Melayu Patani yang pada awal-awal Ramadhon ramai mengharapkan Ramadhon tahun ini akan menjadi yang paling tenang dan selamat.

PULO mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa pembunuhan terancang ini yang sudah boleh digambarkan sebagai suasana yang tidak terkawal sedang mengahantui orang-orang Melayu di Patani di hari dan di bulan yang baik ini.

Ramai antara bekas-bekas tahanan, guru-guru tadika, guru-guru agama dan imam-imam masjid dijadikan sasaran pembunuhan bersiri tentera musuh Siam yang bertaburan di Patani, tiada seincipun tanah Patani kecuali dipijak oleh anggota berseragam dan yang berpakain awam. Pembunuhan-pembunuhan seperti ini selain dari ia bertujuan menghapus orang Melayu ia juga bertujuan melaga-lagakan sesama orang Melayu Islam demi melahirkan suasana kacau bilau yang akan diwar-warkan sebagai perbuatan pejuang-pejuang Gerakan Pembebasan Patani (GPP).

Sekali lagi kelmarin 5 Ogos 2013 jam 4.30 petang waktu Patani, Imam Besar Masjid Jamek Patani yang dikenali ramai dan berpengaruh Yakob Raimani, 51, ditembak mati oleh seorang individu yang tidak dikenali semasa beliau sedang membeli makanan untuk berbuka bersama isterinya di Pasar Ramadhon Wakaf Chek Hab, pinggir Bandar Patani.

PULO mengucapkan takziah kepada keluarga Allah Yarham serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap penghapusan ethenik ini dan segala pembunuhan yang dilakukan terhadap sasaran luar target permusuhan antara Siam dan GPM itu.

PULO yakin orang Melayu tidak akan sekali-sekali membunuh saudaranya sendiri sesama Islam, lebih-lebih lagi pada 10 hari terakhir Ramadhon, bulan yang penuh dengan keberkatan ini, kecuali mangsa tersebut jelas dan secara terang-terangan menjadi tali-barut musuh yang merancang untuk memusnahkan perjuangan mereka.

Seperti biasa, pihak yang akan dituduh melakukan perbuatan terkutuk dan pengecut ini adalah pejuang-pejuang Pembebasan Patani, walaupun semua rakyat Patani tahu tektik ini….. tapi itulah yang selalu menjadi modus operandi mereka dan akan diputar-belit isu sehingga menjadi sebaliknya, kemudian digembar-gemburkan untuk menjatuhkan emej GPP.. dunia sudah tidak sesempit dulu lagi.

Announcement & Statements

Latest News

Latest Articles

Special Report