Kasturi Mahkota Presiden Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu PULO bersama rumbungan telah melakukan satu kunjungan ke ibu kota Turkey, Ankara pada 19-20 Mei 2014.

 Presiden dan rumbungan berkesempatan mengunjungi ibu pejabat Parti Keadilan dan Pembangunan (The Justice and Development Party, Turkish: Adalet ve Kalkinma Partisi, AKP); Parti pemerintah Turkey. Dalam kunjungan ini Presiden dan rumbungan sempat berbincang panjang lebar dengan Prof. Dr. Yasin Aktay Naib Presiden Parti AK Hal Ehwal Luar, bagi membina dan mengiratkan lagi tali persahabatan di antara PULO dan Parti AK serta sempat berbincang secara umum mengenai penyelesaian konflik di Patani.

Selepas itu Presiden PULO Kasturi Mahkota dan rumbungan telah dijemput sebagai tetamu kehormat bagi menghadhiri sidang AK Parti di bangunan Parlimen Turkey, bagi mendengar ucapan Presiden Parti AK Recep Tayib Erdogan merangkap Perdana Menteri Turkey.

Presiden PULO Kasturi Mahkota dan rumbungan juga telah dijemput ke majlis makan tengahari bersama ahli-ahli parti AK dan wakil-wakil rakyat dari Parti AK sambil beramah mesra dengan mereka antaranya dengan Yang Berhormat Ibrahim Korkmaz.

Announcement & Statements

Latest News

Latest Articles

Special Report